Tuesday, February 23, 2010

VISI DAN MISI SEKOLAH AGAMA BANDAR PONTIAN

Visi Sekolah
Ke Arah Sekolah Agama Bandar Pontian Cemerlang 2014



Misi Sekolah
Melahirkan insan kamil yang seimbang duniawi dan ukhrawi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

FALSAFAH SEKOLAH AGAMA BANDAR PONTIAN

Kami guru-guru Sekolah Agama Bandar Pontian akan :

“Berusaha secara berterusan membentuk murid yang mempunyai potensi untuk berkembang maju dari segi intelek , emosi , rohani dan jasmani dengan tujuan mampu melahirkan rakyat dan individu yang berilmu , berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan kepada keluarga , masyarakat dan negara.”

OBJEKTIF SEKOLAH AGAMA BANDAR PONTIAN

1. Melahirkan pelajar yang mengamalkan corak hidup berlandaskan Al-Q uran dan As-sunnah.

2.
Meletakkan Sekolah Agama Bandar Pontian pada tahap yang dibanggakan oleh pelajar , guru , Masyarakat setempat dan Jabatan Agama Johor.


3.
Menekankan nilai Islam dan keikhlasan kepada Allah dalam melakukan apa sahaja tugas dan tanggungjawab.


4.
Menyediakan pengetahuan dan keterampilan.

PIAGAM PELANGGAN SA BANDAR PONTIAN

Piagam Pelanggan


 Memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara yang paling optimum.

 Memastikan semua pelajar dapat menuntut ilmu sehingga tercapai cita-cita di dunia dan akhirat.

 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dalam persekitaran bersih, ceria dan selesa.

 Memberikan layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan terbaik kepada semua yang berurusan dengan kami.

 Bersedia memberi maklumat cepat dan tepat.

 Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kecemerlangan.

Pengertian Logo Sekolah



















Bentuk


1.
Bulan sabit : Melambangkan agama islam
2.
Bintang Lima bucu : Menunjukkan rukun islam ada 5 perkara.
3.
Obor : Melambangkan semangat perjuangan.
4.
Buku : Melambangkan kepentingan ilmu pengetahuan.
5.
1981 : Melambangkan tahun SABP beroperasi di bangunan sendiri.
6. Bulatan berbentuk bumi : Melahirkan insan yang dapat bersaing di peringkat global.
7.
Heksagon enam bucu : Enam bucu yang merangkumi 6 Rukun Iman yang menjadi pegangan hidup serta pembentuk kerohanian dan emosi pelajar.
8.
Reben bertulis motto sekolah “Berilmu Beriman Beramal”


Warna

1. Merah : Melambangkan keberanian.
2.
Biru : Melambangkan keharmonian.
3.
Warna Hijau & Putih : melambangkan kesucian dan keharmonian agama
4.Islam sebagai agama rasmi Negara.



Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

Nasyid.FM

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP